Latest News

Monday 2 April 2018

GERAN KOMUNAL-SHAFIE KELIRUKAN RAKYAT : RAMLEE


APABILA Kerajaan Negeri memperkenalkan Geran Komunal pada tahun 2010, asas kepada keputusan itu adalah, tanah serupa seluas 1.4juta hektar yang diberikan secara individu kepada rakyat Sabah tidak lagi dapat diwariskan kepada keluarga terdekat kerana telah dijual kepada pihak lain.

Melihat kepada keadaan itu, agar tanah dalam kategori itu dapat diwariskan, untuk memastikan waris-waris atau keturunan mempunyai tanah untuk didiami atau diusahakan di masa depan, maka kerajaan memperkenalkan geran komunal.

Menerusi Geran Komunal, bukan sahaja rakyat yang mendapat tanah itu dapat mengusahakan tanah sedemikian untuk menyara hidup, akan tetapi juga kerajaan membantu daripada segi pembangunan kemudahan asas, seperti jalan raya, bekalan air, bekalan elektrik, malah bantuan-bantuan lain, seperti benih, baja, racun perosak dan sebagainya.

Kerajaan Negeri sehingga suku kedua tahun 2017 melalui Jabatan Tanah dan Ukur telah mengeluarkan 72 geran dalam bentuk geran komunal meliputi keluasan 119,083,03 ekar, merangkumi 213 kampung dan melibatkan 10,462 orang pemilik tanah.

Daripada jumlah itu, seluas 60,333.27 ekar meliputi 90 buah kampung melibatkan 3,993 orang pemilik tanah telah dibangunkan secara usahasama antara Agensi Kerajaan Negeri dan syarikat swasta.

Tanah-tanah yang termasuk dalam geran komunal tersebut, seluas 81,020.27 ekar ditanami kepala sawit dan telahpun mengeluarkan hasil, manakala 6,313 ekar ditanami dengan getah dan akan mengeluarkan hasil dalam tempoh 3-5 tahun.

Sebenarnya, geran komunal boleh dibangunkan samada oleh pemilik tanah atau bekerjasama dengan pihak lain.

Dakwaa Presiden Parti Warisan Sabah, bahawa melalui geran komunal, pemilik tanah tidak bebas mengusahakan tanah mereka, adalah dakwaan karut dan cuba mengelirukan rakyat.

Geran komunal, sama juga peranannya dengan geran individu seperti Native Titles (NT), hanya bezanya, geran komunal tidak boleh dijual kepada pihak lain, melainkan hanya boleh diwariskan.

Cadangan Parti Warisan Sabah, untuk memansuhkan geran komunal, sebenarnya satu cadangan untuk kembali kepada keadaan asal, yakni tanah kerajaan yang diberikan kepada rakyat boleh dijual, dan cadangan itu dilaksanakan, satu hari kelak, tanah-tanah seumpama itu, akan jadi milik pihak lain, maka keadaan akan berlaku, tanah dipijak akan tetapi milik orang lain.
Jika geran komunal dimansuhkan, maka tanah-tanah seumpama itu, bakal dimiliki oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai kewangan, kerana mereka yang mempunyai wang sentiasa mengintai tanah-tanah seumpama ini. Sebagai impaknya, penduduk yang asalnya daripada kawasan-kawasan tertentu akan terhalau dengan sendirinya daripada kawasan sendiri, dan inilah yang berlaku, dan mereka yang terhalau itu akan berpindah di tempat lain, memohon tanah di kawasan lain, termasuk menceroboh tanah rezab kerajaan.

Shafie dalam mencadangkan memansuhkan geran komunal, sebenarnya hanya bertujuan politik jangka pendek, dan tiada niat membela rakyat secara jangka panjang.

DATUK RAMLEE MARAHABAN
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook