Latest News

Friday 20 April 2018

LORI BALAK DI SABAH MILIK SIAPA ?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) DUP BN...KRONI KAYA RAYA... Oleh FB Mike Lius (screenshot)

Terlihat sungguh, kayu-kayu yang dimuat lori-lori itu adalah kayu-kayu yang lurus dan matang. Ertinya kayu-kayu itu ditebang di kawasan yang memang dilesenkan untuk ditebang.

Kayu merupakan input kepada industry perabut dan perumahan. Sebuah pemerintahan perlu membenarkan penebangan kayu yang telah matang untuk untuk industry perabut dan perumahan, kerana jika tidak membenarkan penebangan kayu, industry-industri itu akan tutup, maka akibatnya ramai pekerja yang kehilangan pekerjaan, selanjutnya ramai keluarga kehilangan sumber pendapatan.
Kayu yang matang perlu ditebang, jika tidak kayu akan mati sendiri. Selain itu, pokok-pokok lain tidak tumbuh dengan baik. Dalam ilmu tumbuhan, memang diperlukan pokok-pokok tua ditumbangkan supaya pokok-pokok baru tumbuh dengan baik.

Dalam ilmu pengurusan hutan, untuk menggalakkan pembanyakkan pokok-pokok baru, maka pokok-pokok tua perlu ditebang.

Oleh kerana Mike Lius tiada ilmu, maka, mana dia tahu, ilmu pengurusan hutan.

Sabah sejak tahun 2002, telah menambah keluasan hutan kekal lebih 1juta hektar, kerana pengurusan hutan yang mapan dan baik. Tahun 2002 keluasan hutan kekal Sabah hanya 838 ribu hektar, kini adalah 1.87juta hektar. Menerusi data itu, pemuliharaan hutan Sabah berada dilandasan betul.

Kepada Mike Lius, oleh kerana pemuliharaan hutan Sabah di landasan betul, maka industry kayu balak Sabah akan berkembang semula dalam masa 3-4 tahun daripada sekarang. Sebenarnya itulah angan-angan pemimpin parti Warisan Sabah, khususnya Datuk Shafie Apdal, supaya dapat peluang menebang hutan Sabah apabila memerintah. Shafie mempunyai dendam, kerana gagal menjual konsensi balak yayasan Sabah pada tahun 1994.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook