Latest News

Friday 13 April 2018

MAKSUD UBAH BAGI PARTI WARISAN


APABILA sesebuah kerajaan berubah, yang berubah adalah semua jawatan politik, daripada Ketua Menteri, sampai lah ke bawah termasuk JKKK. Ertinya, yang berubah itu adalah para individu. Perkara inilah yang kena difahami rakyat.

Oleh kerana parti Warisan Sabah mahu mengalahkan Bn, maka maksud ubah itu, kerajaan Bn Sabah di mana Ketua Menterinya adalah Tan Sri Musa Aman, maka akan digantikan oleh Datuk Shafie Apdal. Timbalan Ketua Menteri, bukan lagi Tan Sri Pairin Kitingan, bukan lagi Datuk Yahya Hussien, bukan lagi Raymond Tan, akan tetapi Darell Leiking, Jaujan dan Junz Wong. Manakala para menteri termasuklah Peter Anthony.

Rakyat hanya akan menyaksikan perubahan pemegang jawatan politik, termasuk jawatan-jawatan setiausaha politik.

Berbalik kepada maksud ubah itu, dan yang diubah adalah para individu, maka rakyat kena bertanya pada diri sendiri, sanggup kah rakyat dipimpin oleh pemimpin yang tiada integriti? Sanggup kah rakyat dipimpin oleh pemimpin yang ada rekod buruk?

Sanggup kah rakyat menjadi uji cuba, kerana para pemimpin parti Warisan Sabah tiada pengalaman mentadbir, tiada rekod. Jangan-jangan mereka itu seperti kera mendapat bunga, seperti tikus membaiki labu.

Rakyat Sabah kena menerima hakikat, mengapa Sabah maju selepas diperintah Bn yang bertunjangkan parti Umno. Parti Umno adalah parti pra kemerdekaan, telah teruji, telah matang, selain itu jelas hala tuju dan perjuangannya. Atas sebab itulah, apabila Bn berjanji, maka janji dapat dikotakan, kerana pengalaman lebih sedekad memerintah telah mematangkan parti itu. Fikir-Fikirkan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook