Latest News

Monday 23 April 2018

PARTI DAP HANYA TAHU KELUARKAN ISU BASI DAN REPUT

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Skandal pengubahan wang haram RM40 juta Musa Aman... oleh FB Page Democratic  Action Party (screenshot)

DAP hanya mahu mengelirukan rakyat, kerana isu ini terdapat dalam hansard parlimen, dan ianya sudah selesai. Dalam hansard parlimen, wang itu, memang wang Umno Sabah, dan tiada kaitan dengan Ketua Menteri.

BRIM, adalah cadangan Bank Negara, tahun 2012, bukan cadangan kerajaan. Kerajaan hanya melaksanakan cadangan bank pusat itu, demi mempertahankan ekonomi negara. Menurut Bank Negara, apabila rakyat ada wang untuk dibelanjakan, maka perekonomian tidak terhenti.
BRIM dicadangkan Bank Negara, ekoran fenomina ekonomi global yang tidak menentu, ditambah lagi merundumnya harga minyak, sehingga negara juga terpalit, sehinggakan memansuhkan subsidi pukal barangan terpilih, sebaliknya memberikan subsidi tersasar kepada rakyat yang benar-benar memerlukan.

BRIM bukanlah memancing undi, kerana ianya dilaksanakan sejak 2012. Kerajaan dapat meneruskan BRIM, kerana pendapatan negara kukuh. Apabila pendapatan negara kukuh, maka sebahagiannya dipulangkan kepada rakyat yang memerlukan. BRIM diberikan tanpa melihat latar belakang politik, malah penerima BRIM adalah di negeri Selangor, negeri yang diperintah parti Pembangkang.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook