Latest News

Monday 2 April 2018

PEMBANGUNAN SABAH DI LANDASAN BETUL


Kerajaan Negeri sejak 7 tahun berturut-turut membentangkan bajet yang besar untuk memacu dan mempelancar pembangunan dan kemajuan negeri, dan sudah tentunya untuk kesejahteraan rakyat.

Sebagai misalan, untuk tahun 2018, Bajet kerajaan negeri adalah RM4.104.35 bilion dengan lebihan RM64.89juta.

Sebagai impak kepada bajet yang besar, maka kadar kemiskinan rakyat menurun dengan drastik. Tahun 2009, kadar kemiskinan adalah 19.2%, kemudiannya menurun pada 7.8% tahun 2012, menurun lagi kepada 3.9% pada tahun 2014 dan pada tahun 2016 adalah 2.9%.

Program kerajaan Negeri seperti MESEJ, PPRT, PPES (projek pembangunan ekonimi setempat), PKS (program Kg Sejahtera), PPKs (Program pembangunan kecil), semuanya itu mendorong kepada penurunan kadar kemiskinan.

Sebuah kerajaan yang dikatakan berjaya, apabila berjaya menurunkan kadar kemiskinan, kerana menerusi kadar kemiskinan yang tinggi boleh menyebabkan pembangunan & kemajuan terbantut.

Kerajaan Negeri di bawah parti Barisan Nasional, bukan sahaja mempunyai komitmen yang tinggi untuk memajukan negeri dan rakyatnya, akan tetapi komited mensejahterakan rakyat.

Berbagai tindakan kerajaan antara memaksimumkan penggunaan sumbersaya, seperti tanah, khzanah seperti lautan, sungai, hutan, gunung untuk tujuan pelancongan, juga mendayagunakan teknologi, termasuk teknologi digital.

Kerajaan Negeri menerusi Halatuju Pembangunan & Kemajuan Negeri dan sokong semua pihak termasuk swasta, akan menjadikan Sabah negeri maju pada tahun 2025.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook