Latest News

Wednesday 18 April 2018

PENGUNDI LUAR BANDAR PENENTU KEMENANGAN PRU14 SUATU PARTI


MUNGKIN hanya pemimpin politik menyadari bahawa penentuan kerajaan di negara ini sejak merdeka adalah pengundi luar bandar. Makna kata, mana-mana parti yang disokong pengundi luar bandar akan membentuk kerajaan, kecuali di Pulau Pinang.

Rakyat luar bandar, sebenarnya tidak menyedari bahawa mereka lah yang menentukan kerajaan, namun daripada segi pembelaan, mereka dikategorikan sebagai rakyat kelas ke-2.

Apabila media sosial meletup penggunaannya, maka kebangkitan penduduk luar bandar juga turut sama dan turut menyedarkan mereka.

Kerana kerajaan pada era Tun Dr Mahathir, menganak tirikan rakyat luar bandar terutamanya daripada Sabah, Sarawak dan Kelantan, maka pemimpin seterusnya menerima padahnya. Rakyat Kelantan telah menghukum Tun Dr Mahathir sejak tahun 1990.

Akibat pemerintahan Tun Dr Mahathir yang tidak mengutamakan rakyat luar bandar, meskipun kerajaan yang dibentuk dan beliau boleh menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, kerana sokongan segmen rakyat itu, maka ada rakyat menolak calon-calon parti Barisan Nasional pada PRU-12 &13 dikawasan yang memang dianggap wilayah Bn, seperti Temerloh atau Batu Pahat dan kawasan-kawasan lain yang jatuh ke tangan pihak lawan.

Mengingat hakikat itu, maka Dato Seri Najib Razak cuba memperbetulkan keadaan itu, menerusi penumpuhan kepada kawasan luar bandar, termasuklah penduduknya, walaupun pada yang sama, kawasan bandar terus dimajukan, kerana pertimbangan ekonomi.

Di negara ini, ada dua kategori, penduduk luar bandar penentu kerajaan, manakala penduduk bandar penentu ekonomi.

Manifeto Bn bagi PRU-14, memang mengarah kepada penduduk luar bandar, sebab itu jumlah BR1M dinaikkan, one-off pembayaran kepada anak-anak BR1M yang masuk ke perguruan tinggi.

Menerusi pemerintahan Bn yang diterajui DS Najib Razak, benar-benar membela penduduk luar bandar yang diabaikan berdekad lamanya. Mengapa pemerintah DS Najib mengarah kepada penduduk luar bandar? Sebabnya, beliau adalah pemimpin yang ikhlas, bukan pemimpin seperti kacang yang lupakan kulit. Bukan pemimpin yang mengigit jari yang memberi amanah.

Kepada rakyat negara ini, para pemimpin yang mencuba nasib untuk berkuasa semula, khususnya pemimpin yang mempunyai rekod membelakang rakyat luar bandar, perlulah ditolak, kerana mereka itu, sebenarnya mencari nama dan kedudukan.

Kepada parti Bn, para pemimpin parti itu kena menerima hakikat, bahawa pengundi bandar, tidak akan menyokong. Kata orang buang masa melayan mereka itu. Bela lah rakyat yang memberi anda kedudukan & kuasa.

Pada PRU-13 lalu, ibu kota negeri, yang didiami penduduk bandar, hanya Johor Baharu dimenangi Bn.

Para pemimpin Bn, kena bermuasabah diri, jika ada di antara tuan-tuan/puan-puan masih mengabaikan penduduk luar bandar, sebenarnya anda termasuk dalam kategori yang tidak amanah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook