Latest News

Saturday 21 April 2018

PENYOKONG WARISAN DITIPU PEMIMPIN PARTI SENDIRI ?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) RAKYAT AKAN PIJAK SEMUA KEPALA AHLI PEMIMPIN UMNO SABAH DALAM PENTADBIRAN NEGARA... Oleh FB Page Warisan Semporna Sabah (screenshot)

JELAS sekali macai parti Warisan Sabah ditipu bulat-bulat oleh Datuk Shafie Apdal, jika membaca yang ditulis menerusi laman facebook yang menggunakan nama parti Warisan Semporna Sabah.

Untuk pengetahuan admin facebook itu, Shafie selama 22 tahun sebagai pemimpin Umno ditatangkan bagaikan minyak yang penuh, bukan sahaja oleh pemimpin di Semenanjung akan tetapi Sabah. Shafie menang jawatan Naib Presiden Umno kerana sokongan semua pihak. Shafie dilantik ke jawatan menteri termasuk KKLW kerana Perdana Menteri percaya sebagai pemimpin Sabah maka tahu keperluan Sabah, khususnya kawasan luar bandar termasuk Semporna.

Apabila salah guna kuasa berlaku di KKLW, maka Perdana Menteri menarik kuasa menteri untuk meluluskan sebarang projek. Kerana penarikkan kuasa itu, maka Shafie marah. Dalam kemarahan itu, beliau berjumpa Tun Dr Mahathir. Perjumpaan dengan Tun Dr Mahathir, bagaikan seorang mengantuk disorongkan bantal. Kerana masa itu, Tun Dr Mahathir bersama TS Muhiyiddin Yassin telah merancang menjatuhkan DS Najib Razak mengikuti cara menjatuhkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Perdana Menteri ke-5).

Keputusan telah dibuat antara Tun Dr Mahathir-TS Muhiyiddin-DS Shafie, apabila DS Najib meletakkan jawatan, maka Muhiyiddin menjadi Perdana Menteri, manakala Shafie Timbalan Perdana Menteri.

Isu yang digunakan untuk memaksa DS Najib Razak meletakkan jawatan adalah 1MDB. 1MDB telah direkayasa sedemikian rupa oleh Tun Dr Mahathir dengan melibatkan berbagai pihak termasuk portal-portal berita tempatan, luar negara, selain menjadikan Sarawak Reports sebagai penyibar utama laporan-laporan yang direkayasa.

Apabila isu 1MDB menjadi mascot menentang Najib, maka shafie ‘break the rank’ mempersoalkan syarikat milik kementerian kewangan tersebut, walaupun tidak secara langsung menamakan Perdana Menteri.

Shafie dan Muhiyiddin sesuai dengan skrip yang disediakan Tun Dr Mahathir menyerang DS Najib Razak. Akibat serangan yang tidak berasaskan fakta itu, akan tetapi menggunakan laporan-laporan media asing, seolah-olah media asing lebih tahu segala-galanya, berbanding anggota cabinet, maka DS Najib memecat Shafie dan Muhiyiddin daripada cabinet pada 29 Julai 2015.

Selepas Shafie dipecat, beliau belum ad aura-ura keluar daripada Umno, sedangkan diharapkan sangat dua pemimpin itu keluar daripada parti, kerana bertindak khianat dan menikam kawan daripada belakang.

Oleh kerana dua pemimpin itu tidak juga keluar daripada parti, akan tetapi terus memburukkan parti, maka pada Jun 2016 Muhiyiddin dipecat, manakala Shafie digantung keahlian.

Ekoran penggantungan itu, beliau keluar daripada parti dan menubuhkan parti Warisan Sabah pada Oktober 2016.

Untuk pengetahuan admin Parti Warisan Semporna Sabah itu, bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru, terima saja lah, bahawa Shafie bukan sahaja khianat kepada Umno dan para pemimpinnya, akan tetapi khianat kepada rakyat Sabah, apabila dana sebesar RM7.5bilion untuk rakyat luar bandar Sabah tidak sampai kepada rakyat, malah sebahagian dana itu sebesar RM1.5bilion telah disahkan diselewengkan oleh SPRM. Untuk penduduk Semporna, lawat lah loji air Sungai Intan, loji itu dibina dalam lading kelapa sawit yang tiada sumber air untuk diproses, itulah tanda bagai mana Shafie khianat kepada rakyat Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook