Latest News

Sunday 15 April 2018

PERGOLAKAN SEPANGGAR DALAM MENGHADAPI PRU14

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Penyangat keluar gua terus rampas Sepaggar... Oleh FB Mike Lius (screenshot)

Ahli Umno yang keluar, memangpun telah diketahui daripada awal, kerana mereka itu kerap bertindak seperti gunting dalam lipatan.

Bukan sahaja jajaran Umno Sepanggar mengetahui tindak tanduk mereka itu, malahan pucuk pimpinan negeri.

Prinsip Umno mudah, pemimpin hilang berganti, namun Umno tidak boleh berkongsi tindakan dan perjuangan dengan mereka yang bertindak seperti musang berbulu ayam. Pemimpin yang bertindak seperti musang berbulu ayam, mempunyai matlamat melemahkan parti daripada dalam, dengan cara berpura-pura.

Keluarnya mereka itu, sebenarnya membersihkan imej Umno, daripada pemimpin yang mementing diri sendiri berbanding parti. Pemimpin mementingkan diri, sebenarnya bukan sahaja merugikan parti akan tetapi ahli dan rakyat.

Apabila keluar, maka nyatalah, bahawa mereka itu telah buktikan, bahawa mereka menyertai Umno, bukan kerana perjuangan, akan tetapi demi kepentingan peribadi. Seorang pejuang, tidak akan terpengaruh dengan isu-isu remeh, melainkan akan terus berjuang hingga ketitisan darah terkahir.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook