Latest News

Thursday 12 April 2018

PERKARA BENAR YANG DINAFIKAN PEMBANGKANG

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Saya masih ingat... Oleh FB Mohd Azis Bin Haji Jamman (screenshot)

FAKTA, perwakilan Umno adalah tertinggi selepas Perak diikuti Johor. Fakta dalam pertandingan Naib Presiden tahun 2009, calon yang menang adalah wakil Perak, Sabah dan Johor, menerusi Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishamuddin Hussien.

Kemenangan calon-calon itu, kerana perwakilan daripada negeri masing-masing mengundi secara majoriti kepada calon-calon daripada negeri masing-masing.

Dalam pertandingan yang dilihat adalah pemenang. Oleh kerana setiap Pengerusi Perhubungan Negeri menghadalkan calon masing-masing, maka undi daripada negeri berkenaan adalah sebulat suara menyokong calonnya.

Kenyataan DS Najib Razak & Tan Sri Musa Aman di Semporna pada Isnin, menunjukkan fakta sebenar. Kenyataan itu, menerangkan dengan sendirinya, bahawa dakwaan Shafie, bahawa beliau menang Naib Presiden, tanpa sokongan daripada DS Najib & TS Musa, sebenarnya hanya dakwaan bukan berasaskan kepada fakta sebenar, selain bersifat, tidak mengenang budi.

Setiap ahli Umno tahu, bagai mana Tun Dr Mahathir marah kepada DS Najib Razak, kerana anak beliau Dato Seri Mukhriz kalah merebut jawatan Naib Presiden, kerana tidak mendapat sokongan DS Najib Razak.

Shafie kena mengakui, bahawa Musa adalah Pengerusi Perhubungan Umno Sabah, dan DS Najib adalah Presiden parti. Tanpa sokongan daripada mereka ini, maka kerbarangkalian kemenangan seseorang calon sangat tipis.

Sekian lama, Musa tidak menyatakan keadaan sebenar, sebabnya, bukan style beliau mendedahkan sebarang keburukan kawan, meskipun telah menjadi lawan, tetapi beliau membuat kenyataan kerana terpaksa, untuk merungkai kekeruhan yang dijaja Shafie dan penyokongnya seperti Aziz Jamman.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook