Latest News

Tuesday 17 April 2018

PRU-14: KAWASAN CINA-JUNZ WONG GIGIT JARI


Penulis telah menulis, sebaik sahaja Junz Wong melompat pada parti Warisan Sabah, maka beliau akan menjadi mantan wakil rakyat, dan seterusnya menunggu elaun bulanan sepanjang hayatnya.

Walaupun parti Warisan Sabah berkolaborasi dengan Pakatan Harapan (DAP-PKR-PPBM-Amanah) akan tetapi kawasan cina yang selamat telahpun dibolot DAP.

Dun Likas, Luyang, Kepayan, dan Sri Tanjung ditandingi DAP, demikian juga Parlimen Sandakan dan Kota Kinabalu.

Melihat pada keadaan terkini, nampak gayanya, parti Warisan Sabah akan kosong kerusi, kerana diramalkan, jika parti itu dapat bertanding di Dun Likas, sekurang-kurangnya akan mendapat kerusi. Bagi kawasan-kawasan yang dimenangi pembangkang pada PRU-13, tiada yang selamat bagi mereka, termasuk Dun Api-Api.

Penulis awal-awal lagi telah membuat ramalan, bahawa selepas PRU-14, pembangkang DUN Sabah, hanya diwakili wakil rakyat daripada DAP.

Senario terkini, kerusi selamat Bn adalah kekal 48, DAP 4, 8 masih dalam kedudukan 50:50, namun kecenderungan dapat dirampas oleh Bn.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook