Latest News

Friday 27 April 2018

PRU-14: KELUARGA TAN SRI MUSA JADI ISU BUAT PEMBANGKANG

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Politik sudah menjadi 'kerier' untuk cari makan... Oleh FB  Page Tulun Sabah (screenshot)
(ii) HANCUR SABAH KALAU MUSA... Oleh FB Warisan Penampang (screenshot)
(iii) Ini namanya calon BN famly khan... Oleh FB Mike Lius (screenshot)
(iiii) #diatakfaham... Oleh FB Kibot Navara (screenshot)

BUKAN mudah bagi Tan Sri Musa Aman mempertimbangkan calon-calon yang ada hubungan keluarga dengan beliau. Namun demikian pemilihan seseorang calon, bukanlah sepenuhnya ditentukan oleh beliau.

Parti Bn atau Umno mempunyai mekanisme tersendiri dalam penentuan calon. Calon-calon yang terpilih, selain melalui tapisan yang ketat, ianya juga merupakan cadangan sebulat suara bahagian di mana seseorang calon menjadi anggota atau pemimpin. Selain itu, setiap cadangan daripada bahagian kemudian menjadi cadangan badan perhubungan negeri kepada kepimpinan Bn Pusat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

Sedikit latar belakang calon-calon Bn pada PRU-14 yang merupakan keluarga terdekat Musa.
Datuk Seri Anifah Aman, memanglah adik kandung, akan tetapi Anifah merupakan pemimpin Umno yang mengetuai sebuah bahagian Umno. Anifah bukan sahaja winnable candidate bagi Bn/Umno, akan tetapi dapat memberi impak kemenangan kepada calon-calon lain di bahagian beliau.

Datuk Arifin Arif, sebelum menjadi menantu Musa, beliau merupakan pemimpin Umno merangkap wakil rakyat Bn/Umno. Arifin juga bukan sahaja winnable candidate bagi Bn/Umno akan tetapi membawa kemenangan di kawasan lain.

Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar merupakan pemimpin terawal Umno, wakil rakyat, sebelum menjadi besan kepada Musa, kerana perkahwinan antara anak mereka.

Hafiz Yamani Musa, memanglah anak Tan Sri Musa, namun atas kapasiti beliau sebagai Ketua Pemuda Umno Sabah merangkap Ketua Pemuda Bn Sabah, beliau merupakan pilihan Ketua Pemuda Umno/merangkap Ketua Pemuda Bn Malaysia- Encik Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Datuk Zakaria Edris- memangpun pemimpin Umno dan wakil rakyat Bn/Umno. Beliau juga merupakan winnabale candidate bagi Bn/Umno.

Datuk Osman Jamal- Merupakan mantan Pegawai Kerajaan yang berpengalaman, mempunyai merit tersendiri, untuk mewakili Bn/Umno.

Pendek kata, pemilihan calon-calon yang ada kaitan dengan Musa, memang beliau tahu akan menjadi isu kepada pembangkang untuk tujuan memancing undi, namun tidak kepada Bn/Umno, kerana para penyokong atau ahli Umno serta para pemimpinnya tahu kedudukan Musa dalam perkara ini. Mereka yang terpilih itu, bukan hanya kerana jawatan dalam parti, akan tetapi mempunyai merit sebagai winnable candidate bersama mereka.

Tan Sri Musa ditakdirkan mempunyai para individu yang kental dengan perjuangan, sehinggakan kawan-kawan para individu itu memberi kepercayaan kepada mereka mengwakili mereka.

Perlu diingat, semua para individu yang terkait keluarga dengan Musa, mewakili kawasan masing-masing, ertinya telah membina kepimpinan di kawasan masing-masing.

Nota: Matbali Musa calon Bn bagi Dun N.27 Lumadan tiada kait mengait dengan Musa, hanya kebetulan bapa Matbali juga bernama Musa!!!.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook