Latest News

Thursday 5 April 2018

PRU-14: PILIH PARTI DENGAN REKOD BAIK ATAU PILIH PARTI JANJI BULAN BINTANG?


Kalau pengundi mengasaskan pilihan mereka pada rekod dan pencapaian, maka pilihan jatuh kepada Bn. Jika rakyat memilih berasaskan janji bulan bintang, sudah tentu akan memilih pembangkang.

Kalau lah Bn, boleh berjanji, diluar kemampuan, maka para pemimpin akan berjanji bukan sahaja bulan bintang, akan tetapi menjanjikan langit dan bumi. Berbeza dengan pembangkang, mereka boleh membuat sebarang janji, kerana mereka tahu, janji itu tidak bakal ditunaikan, manakala Bn hanya berjanji berasaskan kemampuan dan keboleh laksanaan sesuatu janji.

Sebab itu, selama sepenggal, semua janji-janji Bn telah dilaksanakan, manakala pembangkang, janji tinggal janji. Pembangkang tidak boleh mendakwa, bahawa mereka bukan kerajaan, kerana janji-janji mereka di Selangor dan Pulau Pinang, tidak juga dilaksanakan, malah bertindak sebaliknya, sebagai contoh kadar sewa perniagaan, bukan dimansuh, akan tetapi dinaikkan, kadar air bukan diturunkan, akan tetapi dinaikkan.

Di Sabah, kalau diamati janji-janji pembangkang, hanya janji ikut sedap mulut, kerana daripada segi ekonomi, kewangan, pentadbiran, janji-janji mereka itu tidak mengikut standard yang digunapakai. Janji mereka, adalah janji hentam keromo, tunggang langgang, jika digunapakai, maka akan mengharu birukan pengurusan dan pemerintahan, kerana cara pentadbiran yang mereka akan amalkan, tidak jelas mana hujung mana pangkal.

Jika itu berlaku, maka rakyat yang akan rugi, kerana pemerintahan kucar kacir biasanya hanya menguntungkan mereka yang pandai menipu, pandai menyeleweng.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook