Latest News

Monday 2 April 2018

PRU-14 SABAH: MASIH DENGAN “BATTLE GROUND” YANG SAMA


PRU-14 SABAH masih menggunapakai 25 kawasan Parlimen dan 60 DUN, dengan jumlah 1.111juta pengundi.

Pada PRU-13, dengan jumlah 900ribu pengundi, Bn Sabah menang 22 kerusi Parlimen dan 48 Dun.

Kemenangan Bn Sabah itu, bukan sahaja daripada jumlah kerusi juga undi popular, apabila mendapat 56% daripada undi keseluruhan.

Trend pengundian pada PRU-14 akan kurang lebih sama dengan trend pengundian pada PRU-13, walaupun berlaku tolak dan campur kerana adanya pertambahan jumlah pengundi.

Berasaskan “dry run” parti Bn Sabah, tidak kurang daripada 499,600 pengundi menyokong Bn daripada jumlah pengundi yang berdaftar.

Jumlah undi itu boleh diterjemahkan antara 46-50 kerusi Dun, dan 22-23 kerusi Parlimen.

Memang diperakui bahawa PRU-14 merupakan pilihanraya paling sengit, namun berasaskan First Past The Post, kemenangan berpihak kepada Bn.

Tidak dinafikan kolaborasi antara Parti Warisan Sabah dan PH, akan mendapat undi, namun undi yang diperolehi tidak dapat diterjemahkan menerusi kerusi, kecuali bagi beberapa Dun yang bermajoriti kaum cina dan beberapa kawasan KDM.

Klibat Shafie di kawasan bumiputera islam, tidak akan menyebabkan kekalahan calon-calon Bn, meskipun berlaku saingan sengit khususnya di kawasan Semporna dan Lahad Datu.

Jika jentera Bn yang ada beterusan sehingga pembuangan undi, maka kemenangan tetap dalam genggaman Bn.

Kepada jentera Bn, mantapkan setiap PDM, kerana menerusi pemantapan itu, kaki sebelah sudah diambang kemenangan.

Senario politik semasa, pembangkang tidak mempunyai isu muktabar untuk dijual kepada rakyat, selain isu-isu putar belit, isu-isu basi, selain janji-janji bulan bintang & retorik.

Walaupun demikian, jentera Bn kena peka terhadap isu-isu palsu, seperti mana berlaku pada PRU-13 lalu, di kawasan-kawasan KDM, JIKA BN MENANG, MAKA PEMBAKARAN KITAB INJIL AKAN BERLAKU, AKAN BERLAKU PERAMPASAN TANAH DAN SEBAGAINYA.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook