Latest News

Saturday 21 April 2018

PRU-14 SABAH: UBAH HANYA SATU SLOGAN RETORIK PEMBANGKANG


UBAH yang digunakan parti Warisan Sabah, hanya untuk membakar semangat mereka sendiri, namun hakikat yang bersarang di dada pemimpin utama parti itu, Datuk Shafie Apdal, slogan itu tidak bakal menjadi kenyataan.

Bukan mudah, bagi sebuah parti yang tiada rekod untuk menumbangkan kerajaan yang mempunyai rekod pencapaian. Pengalaman rakyat Sabah mengubah kerajaan pada tahun 1976 dan 1985, sangat berbeza dengan keadaan sekarang.

Masa ini, tiada asas bagi rakyat biasa mengubah kerajaan kerana kerajaan yang sedia ada bukan sahaja membela rakyat, akan tetapi kerajaan yang mesra rakyat.

Shafie dengan rekod beliau semasa menteri Kemajuan luar bandar dan wilayah (KKLW) di mana dana RM7.5bilion peruntukan Persekutuan tidak sampai kepada rakyat masih segar. Sudah tentu rakyat tertanya-tanya, bagai mana kah seorang pemimpin yang terpalit dengan rekod tidak mengutamakan rakyat menjadi sandaran menerajui negeri?

Selain itu, penubuhan parti Warisan Sabah bukanlah berasaskan aspirasi rakyat biasa, akan tetapi hanya menyambung keberadaan Shafie dalam persada politik, dan tambahan lagi pengwujudan parti itu hanya berasaskan dendam, menggunakan rakyat untuk menduduki jawatan Ketua Menteri Sabah.

Macai-macai parti itu, hanya sibuk membuat berbagai dakwaan karut apabila masuk kampong keluar kampong, sambil mengambil gambar-gambar jalan, rumah-rumah using, jambatan-jambatan lama untuk digunakan sebagai bahan politik, sedangkan rakyat kini, bukan lagi termakan dengan isu-isu demikian.

Rakyat kini, di kawasan masing-masing sudah on-line dengan wakil rakyat masing-masing, jika memang terdapatnya isu-isu seumpama itu berlaku di kawasan mereka.

Parti Warisan Sabah terlupa, bahawa masa ini, adalah era teknologi, bukan lagi era semasa Kerajaan Usno dan Berjaya tumbang.

Era kini, adalah era kerajaan yang memerintah peka terhadap keperluan rakyat, sedia mendengar degup jantung rakyat. Era kerajaan kini, adalah era wakil rakyat berkhidmat, era turun padang, bukan lagi era duduk di pejabat. Bukan era hero di laman social, tetapi hero di lapangan, hero di kalangan akar umbi.
Bukti, sejak PRU 2004 sehingga PRU 2013, Parti Bn Sabah bukan sahaja diberi mandat untuk memerintah akan tetapi mandat kuasa 2/3 di Dewan Undangan Negeri.

Pada PRU-13 lalu, 12 kawasan Dun dimenangi pembangkang, bukan kerana pembangkang kuat, akan tetapi masalah dalaman dalam parti Bn sendiri, khususnya perebutan calon.

Jika masalah dalaman dalam parti Bn dapat dirungkai dan diatasi, tiada kaedah parti itu akan kalah.

Menjelang pembuangan undi pada 9 Mei 2018 yang mana seramai 1.111juta pengundi Sabah akan menunaikan tanggungjawab, adalah diyakni tidak kurang daripada separuh jumlah pengundi itu adalah pengundi tegar parti Bn.

Apapun kaedah yang digunakan SPR untuk meminta rakyat turun mengundi, jumlah pengundi akan turun akan berlegar-legar pada angka 860,000, di mana daripadanya 499,600 adalah pengundi tegar Bn.

Bn cukup cekap mengurus pengundi. Bn tidak berasaskan kepada andaian rambang akan tetapi berasaskan kepada head count.

Masa kini, mengenal pasti pengundi adalah nyata, bukan seperti pada tahun 1976 & 1985, di mana penyokong berasaskan andaian. Masa kini, setiap ahli parti Bn mempunyai komitmen dan tanggungjawab memastikan parti mendapat undi secukupnya di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM).
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook