Latest News

Wednesday 18 April 2018

PRU-14 : SAMBUTAN PILIHANRAYA DI SABAH


BAHANG PRU-14 Sabah bukan sahaja dirasakan parti pembangkang, akan tetapi juga parti Barisan Nasional.

Antara parti pembangkang, mereka terpaksa bertembung antara satu sama lain. Manakala di pihak Bn pula, “feud” antara parti di kawasan-kawasan tertentu, menjadikan PRU-14 semakin menarik untuk diikuti.

Hakikat yang perlu diterima, kekalahan atau kemenangan bergantung kepada kesatuan dan perpaduan, semua pihak. Kemenangan tidak akan berpihak jika kesatuan dan perpaduan tidak berlaku.

Kemenangan Bn selama berdepan PRU, kerana adanya kesatuan & perpaduan. Jika dua faktor itu tidak berlaku, maka jawapan adalah kekalahan.

Berasaskan kepada dua faktor itu, PWS & PH berkolaborasi untuk mengwujudkan kesatuan & perpaduan secara “semu”, yakni perpaduan di atas kertas.

Kolaborasi antara PWS & PH, menguntungkan DAP & PKR akan tetapi tidak bagi PWS.

Sebagai impak kepada kolaborasi antara PWS & PH, maka memberi peluang besar kepada DAP & PKR mendapat kerusi.

Di lain pihak pula, “feud” dalaman antara parti dalam Bn hanya berimpak di Dun Matunggong, Kedamaian & Bingkor, selain Parlimen Batu Sapi. Manakala daripada segi calon pula, di Parlimen Semporna, Silam, Tenom dan Sepanggar. Dun pula berlaku di Dun Tungku & Kunak serta Tanjung Batu.

Feud antara parti & calon dalam Bn, akan dimanfaatkan oleh pembangkang mengelirukan rakyat. Tugas berat bagi jentera Bn termasuklah pucuk pimpinan parti, supaya “feud” itu tidak menyebabkan kawasan-kawasan itu terlepas kepada pihak lawan.

Feud antara calon “nampak” mudah di atas kertas, namun, hakikatnya, setiap calon itu mempunyai pengikut yang bermacam-macam ragam. Pengikut yang juga pengundi, yang “keras kepala” boleh menyebabkan calon tewas.

Puncuk pimpinan tidak boleh melihat sebelah mata berkaitan “feud” antara bakal-bakal calon, khususnya di kawasan-kawasan yang disenaraikan. Fikir-Fikirkan Lah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook