Latest News

Sunday 15 April 2018

PRU14 EDISI SABAH : CADANGAN PINJAM KERUSI MATUNGGONG

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Our beloved hero... Oleh FB Jo Nandu  (screenshot)
(ii) PBS bersandiwara,UMNO masuk Perangkap... Oleh FB Ho Nam (screenshot)

SEBENARNYA, tiada yang luarbiasa bagi cadangan meminjam sesebuah kawasan pilihanraya daripada satu parti komponen kepada parti komponen yang lain.

Pinjam meninjam kerusi sebenarnya perkara biasa bagi Bn Semenanjung, namun ianya tidak pernah berlaku di Sabah.

Lontaran cadangan TPM berkaitan meminjam kerusi Matunggong untuk ditandingi Umno, semata-mata berasaskan kepada jumlah ahli/penyokong Umno di kawasan itu, meskipun, kawasan itu merupakan kawasan tradisi PBS.

Cadangan TPM, mengambilkira keputusan PRU-13 lalu, yang mana calon bertahan, iaitu daripada PBS-Sarapin Magna telah tewas, kepada mantan pemimpin Umno yang bertanding atas tiket PKR.

Cadangan TPM itu, hanya merupakan cadangan spontan berasaskan kepada keadaan semasa. Namun, cadangan itu, mendapat tentangan daripada ahli-ahli PBS yang diketuai oleh Sarapin Magna. Ekoran kepada tentangan itu, cadangan itu sudah dianggap selesai, apabila pucuk pimpinan parti, mempertahankan status quo, dan kawasan itu tetap akan ditandingi calon daripada PBS.

Dakwaan pengguna facebook itu, sebenarnya, anggapan dia sendiri, kerana 100% tidak mengena, dan bukan cerita disebalik cadangan itu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook