Latest News

Monday 2 April 2018

REKOD DAN PENCAPAIAN TAN SRI MUSA AMAN


SEBAIK sahaja Datuk Seri Musa Aman dilantik ke jawatan Ketua Menteri pada 2003, beliau memperkenalkan beberapa pendekatan untuk mengatasi punca-punca Sabah tersenarai sebagai negeri termiskin di negara ini.

Sebagai pemimpin yang berlatar belakangkan perniagaan, maka pendapatan negeri perlu diutamakan. Atas sebab itu, punca pendapatan negeri perlu dibutirkan, menerusi pengkelasan sektor.

Butiran sektor yang meliputi berbagai pendekatan itu diterjemahkan menerusi Halatuju Pembangunan & Kemajuan Negeri (HALATUJU). Menerusi HALATUJU dikenal pasti berbagai sektor yang membolehkan Sabah maju pada tahun 2025.

Oleh kerana pendekatan pendapatan merupakan pemacu & pengerak ekonomi, maka beliau membentangkan bajet yang besar, selain perkiraan pendapatan bukan sahaja dapat membelanjai bajet akan tetapi pendapatan yang berlebihan.

Sebagai impak kepada pendapatan yang berlebihan, maka simpanan kewangan negeri terus meningkat, bermula pada tahun 2003 yang hanya RM184juta kepada RM3.74bilion pada tahun 2017. Kadar peningkatan itu adalah pada purata RM254juta setahun, atau nisbah peratus 138% setahun.

Pada tahun 2018 Bajet kerajaan negeri berjumlah RM4.104.35 bilion dengan lebihan RM64.89juta, merupakan Bajet tahunan negeri yang ke-4 dibentang dengan kedudukan surplus. Walaupun demikian, adalah dalam rekod, sejak Musa menjadi Ketua Menteri dan Menteri kewangan Negeri, telah direkodkan selama 7 tahun, pendapatan negeri sentiasa surplus, sebab itu memungkinkan pengumpulan simpanan kewangan negeri yang mendekati RM4bilion.

Apa yang menjadi rekod pencapaian Musa sebagai Ketua Menteri, bukan sahaja daripada segi pertambahan simpanan kewangan negeri, kadar pembangunan yang rancak, akan tetapi kemampuan pemerintahan beliau menurunkan kadar kemsikinan.

Kadar kemiskian Sabah tahun 2009 adalah 19.7%, kadar itu berjaya diturunkan 7.8% tahun 2012, menurun lagi kepada 3.9% pada tahun 2014 dan pada tahun 2016 adalah 2.9%.

Penurunan kadar kemiskinan merupakan petanda, bahawa perekonomian Sabah berada pada landasan betul.

Memang diakui, di kawasan luar bandar, masih terdapatnya kekurangan kemudahan asas seperti Bekalan Air Bersih (BALB), Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dan Jalan Raya Luar Bandar (JRLB), namun kekurangan itu disebabkan dana untuk itu yang disedikan oleh Kerajaan Persekutuan menerusi Kementeriian KKLW yang diterajui Datuk Shafie Apdal daripada tahun 2009-2015, tidak sampai ke sasaran, kerana berlakunya salah urus yang menjurus kepada penyelewengan. Bayangkan dana RM7.5bilion atau purata RM1.5bilion setahun, tidak sampai ke kelompok sasaran. Jumlah itu merupakan hampir 40% Bajet tahunan kerajaan negeri.

Jika sekiranya, dana Persekutuan itu telah sampai ke kelompok sasar, maka rugutan rakyat luar bandar Sabah berkaitan kemudahan-kemudahan tersebut, telah terselesaikan.

Menjelang PRU-14, kepada 1.111juta pengundi Sabah, turunlah mengundi dan pastikan pilihan anda, adalah kerajaan yang bertanggungjawab membela negeri dan rakyatnya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook