Latest News

Thursday 19 April 2018

RUMAH MAMPU MILIK UNTUK SEMUA RAKYAT YANG BERKELAYAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) jual obat si munsang... Oleh FB Well Wwbj (screenshot)

Bagi mereka yang tidak berumah, memang mengalu-alukan pembinaan rumah-rumah jenis itu. Kerajaan Bn, sebenarnya tidak pernah gagal dengan janji-janjinya, malah janji-janji manifesto PRU-2013, 100% telah ditunaikan.
Mereka yang tidak berminat dengan janji-janji kerajaan, dan tidak berminat dengan projek-projek kerajaan, dan mereka yang hidup dalam penafian, misalnya, jalan raya, bangunan sekolah, kononnya dibina oleh jins & syaitan atau Tuhan, bukannya dibina oleh manusia. Mereka yang tergolong seperti ini, sebenarnya, jenis manusia yang lahir sahaja di dunia, terus boleh berlari, seperti mana kuda, sapi atau kambing, kerana binatang sahaja tidak mampu berfikir, kerana tidak berakal.
Jenis manusia yang suka menempelak orang lain, apatah pemimpin, sedangkan mereka itu, satu meter jalanpun mereka tidak mampu bina, apatah lagi sebuah rumah, kerana manusia seumpama ini, hanya tahu mengeritik, kerana, manusia seumpama ini, termasuk golongan yang tiada kemampuan apa-apa.
Apabila otak tiada, maka akal tiada, sebab itu, boleh mempersoalkan, rancangan kerajaan seperti mana kenyataan TS Musa berkaitan perancangan kerajaan untuk membina sebanyak mungkin rumah mampu milik, sehinggalah semua rakyat memiliki rumah.
Rumah mampu milik yang dibina kerajaan sejak 5 tahun lalu, bukan 10 buah, tetapi ribuan buah yang tersebar di seluruh negeri. Rumah-rumah yang dibina kerajaan bukan sahaja rumah mampu milik, akan tetapi termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang disebar di merata tempat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook