Latest News

Monday 2 April 2018

STATUS SEMASA KADAR KEMISKINAN SABAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) KEMISKINAN DI SABAH SATU KEJURUTERAAN POLITIK UMNO... Oleh FB Page Borneo Voice (screenshot)

Dakwaan pengguna facebook itu, tidak berlandaskan fakta dan data. Dakwaan itu megabaikan data statistik berkaitan kemiskinan Sabah, sehinggakan menggunakan gambar sampah di internet untuk menyokong dakwaannya.

Statistik kemiskinan Sabah pada tahun 2016 adalah 2.9%, mendekati kadar kemiskinan kebangsaan 2%.

Kadar kemiskinan Sabah menurun dengan drastiknya, sejak diperintah kerajaan Bn. Kadar kemskinan tahun 1994 di atas 30%, 15 tahun kemudian berjaya diturunkan kepada 19.7% pada tahun 2009, berkurangan lagi kepada 7.8% pada tahun 2012, kemudiannya 3.9% pada tahun 2014.

Titi kayu yang ditunjukkan adalah titi kayu di kawasan setinggan. Memangpun kawasan demikian, tidak akan mengecap pembangunan, kerana ianya kawasan bukan untuk didiami.

Terlalu berat sebelah pengguna facebook itu, sehinggakan sanggup menafikan kemajuan Sabah. Berkata benarlah, jangan menipu diri sendiri.

GST bukan punca kemsikinan, GST merupakan pemudah cara membantu rakyat yang tidak bernasib baik. GST bukan punca harga barang naik atau sara hidup meningkat, kerana 500 barangan keperluan harian rakyat tidak dikenakan GST. Akui lah, beras, barangan segar, minyak petrol tiada GST, kecualilah anda beli kereta, beli emas, makan di hotel, atau membeli barangan untuk lifestyle.

Mungkin pengguna facebook itu masih tinggal di gua, seperti katak di bawah tempurung, sebab itu tidak mampu berkata benar.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook