Latest News

Tuesday 8 May 2018

ISU PEMBALAKAN LAWAN KELUASAN HUTAN SABAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) MUSA AMAN AND HIS BROTHER ANIFAH AMAN HAVE JOINTLY STOLEN $BILLIONS FROM SABAH... Oleh FB Geronimo Miller (screenshot) (screenshot) (screenshot)

Tahu kah anda, bahawa lesen pemberian lesen pembalakan telah dihentikan sebaik sahaja Musa menjadi Ketua Menteri. Bererti tiada lagi lesen baru pembalakan.

Dakwaan-dakwaan pihak-pihak tertentu, kononnya pembalakan berleluasa di Sabah sebenarnya, dakwaan palsu, kerana tidak mencerminkan keadaan sebenar.

Pembalakan untuk kawasan-kawasan terpilih, khususnya untuk kayu-kayu matang, memang terus dijalankan, kerana untuk keperluan industry kayu tempatan, selain itu memenuhi kreteria pemuliharaan hutan, kerana kayu matang perlu ditebang untuk membolehkan kayu-kayu kecil lain membesar dengan cepat.

Dalam pendapatan negeri, pembalakan bukan lagi pendapatan utama, kerana sumber pendapatan negeri telah mengalami transformasi, daripada hutan kepada sumber perkhidmatan termasuk pelancongan.

Kerajaa Negeri di bawah teraju Musa, mentargetkan pada tahun 2025, 30% kawasanj Sabah di selimuti hutan kekal. Menerusi target tersebut, WTO dan WFO, mengiktiraf Sabah sebagai negeri yang mempunyai perancangan hutan kekal yang mapan di Dunia.

Dakwaan pihak-pihak wira laman social, hanya dakwaan di hujung jari, tiada asas, dan tiada bukti. Suatu hari, mereka ini, akan tertangkap juga kerana membuat dakwaan palsu, meskipun berselindung dengan akaun dan nama palsu. Tunggu, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook