Latest News

Friday 4 May 2018

KEMUDAHAN ASAS LUAR BANDAR PERLU PERHATIAN PENUH OLEH SEMUA PEMIMPIN NEGERI DAN PERSEKUTUAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Dari saya budak lagi sudah dgr ini janji... oleh FB Warisan Kaumut (screenshot)

Sepatutnya penyokong parti Warisan Sabah itu perlu bertanya pada Presiden beliau, kemana wang RM7.5bilion yang diperuntukkan kerajaan untuk membina kemudahan asas luar bandar seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik dan jalan raya kampong yang disalurkan menerusi KKLW semasa beliau menteri.

Oleh kerana Presiden PWS itu tidak bertanggungjawab, maka kerajaan Bn perlu meneruskan membina kemudahan asas. Seharusnya, kenyataan TPM itu tidak perlu lagi, jika Shafie menjalankan tanggungjawab.

Dana RM7.5bilion KKLW untuk luar bandar Sabah, sedang disiasat oleh SPRM. Jika siasatan itu selesai, maka akan menghadapkan mereka yang bertanggungjawab. Shafie telah ditahan reman berkaitan dana itu, kini beliau masih dalam jaminan SPRM. Individu yang masih dalam jaminan SPRM, bila-bila masa akan dihadapkan ke mahkamah.

Kerajaan Bn tahu, bahawa kemudahan asas seperti BALB. BELB, JLRB sangat diperlukan, sebab itulah penyokong PWS itu mengakui, bahawa sejak dia kecil, masalah kemudahan asas luar bandar Sabah merupakan rungutan rakyat. Perdana Menteri, semasa melantik Shafie sebagai menteri KKLW, berpendapat, Shafie adalah orang Sabah, sudah tentu akan membela orang Sabah, namun PM dikecewakan, kerana Shafie tidak menjalankan tanggungjawab.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook