Latest News

Tuesday 8 May 2018

LAWATAN NAJIB-SHAFIE HANYA TUTUP KELEMAHAN


Adalah sifat semulajadi manusia, apabila mempunyai kelemahan, maka mengalihkan kelemahan itu pada orang lain.

Datuk Shafie Apdal, mengeritik lawatan kerap Perdana Menteri ke Sabah, kononnya Perdana Menteri ke-6 negara itu takut, simpanan tetap Bn akan dirampas parti Warisan Sabah.

Shafie mudah lupa, sebelum beliau dipecat daripada kabinet pada julai 2015, Dato Seri Najib Razak telah puluhan kali melawat Sabah sejak beliau dilantik ke jawatan Perdana Menteri pada April 2009. Kerapnya lawatan itu, menjadikan beliau Perdana Menteri terbanyak melawat Sabah dalam tempoh singkat.

Perdana Menteri melawat Sabah, atas sebab, komitmen beliau memajukan Sabah seiring dengan kemajuan negeri-negeri di Semenanjung.

Datuk Shafie cuba mengelirukan rakyat dengan menjadikan isu lawatan Perdana Menetri ke Sabah sebagai isu politik beliau, supaya kelemahan pada beliau dan partinya dapat mengaburi mata rakyat.


Rakyat Sabah tidak akan terpancing dengan karenah Presiden Parti Warisan Sabah itu, kerana rakyat negeri ini tahu, bahawa luasnya Sabah, memerlukan kerapnya Perdana Menteri turun padang.

Apa kah Presiden Warisan Sabah itu sudah ketandusan isu? Sehinggakan kalut, dan bertindak seperti budak ingusan, sehinggakan lawatan seorang Perdana Menteripun dijadikan isu!!!

Shafie tahu, apabila beliau bercakap berkaitan kemajuan dan pembangunan luar bandar akan ditertawakan rakyat, kerana beliau tiada rekod memajukan rakyat. Cuba banyangkan kemudahan asaspun yang diberi peruntukan besar oleh Kerajaan Persekutuan menerusi KKLW semasa beliau menerajui kementerian itu, beliau tidak laksanakan, sebaliknya dana kementerian itu digunakan untuk projek-projek gajah putih, misalnya loji air sungai Intan, di kawasan yang diwakili beliau selama 22 tahun tidak berfungsi, atas sebab tiada air yang diproses. Cuba fikir, projek yang bernilai hamper RM50 juta itu, sia-saia, kerana tidak memberi manfaatkan kepada rakyat.

Rakyat Sabah perlu waspada, apabila seseorang yang mahu mempergunakan rakyat dengan membawa isu menyalahkan pihak lain, sebenarnya orang itu bukan pemimpin yang boleh disandarkan, kerana akan bertindak serupa, apabila gagal membawa kemajuan kepada rakyat dan negeri. Sebagai contoh, beliau menyalahkan Tan Sri Musa Aman, kononnya sebagai penyebab mengapa Semporna tidak maju, menyalahkan Ketua Menteri Sabah, kononnya menghalang mengapa Jambatan Bum-Bum tidak terlaksana. Namun, fakta sebenar, selepas sahaja beliau keluar daripada parti Barisan Nasional, atas inisiatif Musa dengan dibantu para pemimpin setempat seperti Datuk Ramlee Marahaban dan para pemimpin lain kawasan itu, dalam spin masa 2 tahun, berbagai projek untuk kemudahan rakyat dapat direalisasikan.

Sepeninggalan Shafie, Pulau Bum-Bum dijadikan Daerah Kecil. Ekoran itu, maka Perdana Menteri meluluskan pembinaan Jambatan Pulau Bum-Bum atas permintaan Tan Sri Musa.

Kepada rakyat Sabah, berasaskan fakta, sejak Musa dilantik sebagai Ketua Menteri pada 2003, apa yang dijanjikan oleh beliau, merupakan satu akujanji yang perlu ditunaikan. Tiada akujanji yang tidak ditunaikan. Musa adalah pemimpin yang senantiasa mengotakan janjinya.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook