Latest News

Friday 4 May 2018

MA63- SHAFIE HANYA IKUT-IKUTAN SAHAJA


Hanya selepas menjadi pembangkang, Datuk Shafie Apdal baru bercakap bercakap berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), sedangkan selama 22 tahun semasa menjadi sebahagian daripada kerajaan yang diterajui Umno, tidak sepatahpun beliau bercakap berkaitan dengan perjanjian itu.

Kini, kononnya beliau mahu mengubah Sabah, menerusi kenyataan-kenyataan retorik beliau, termasuklah berkaitan MA63.

MA63, merupakan satu dokumen antarabangsa. Memangpun dokumen itu dipatuhi. Beberapa butiran dalam perjanjian itu, semacam dirampas semasa era Tun Dr Mahathir, seperti berkaitan minyak dan gas. Namun, selepas Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri, butiran-butiran itu dikembalikan kepada Sabah dan Sarawak.

Kerajaan yang diterajui Najib, bukan sudah mempunyai komitmen berkaitan MA63, malah sangat komited. Atas sebab itu, bagi menguatkan lagi komitmen itu, MA63 dimasukkan dalam Manifesto Barisan Nasional bagi PRU-14.

Jika rakyat menganalisa keadaan sebaik sahaja Najib menjadi Perdana Menteri, bukan sahaja kandungan MA63 dilaksanakan, akan tetapi Sabah & Sarawak perlu dimajukan dengan cepat agar seiring dengan kemajuan di Semenanjung.

Sebenarnya, Shafie tiada isu yang beliau bawa kepada rakyat, selain kenyataan-kenyataan putar belit dan janji-janji bulan bintang.

Kepada rakyat Sabah, perlu ingat, apabila seseorang yang tiada kuasa, kemudian berjanji, janji itu hanya mahu mempergunakan rakyat.

Terbukti sangat, semasa Shafie ada kuasa, beliau tidak pun berjanji, malah tanggungjawab yang diberikan kepada beliau, beliau sia-siakan.

Rakyat Sabah perlu menerima hakikat, bahawa perjuangan Shafie dan seterusnya mempergunakan rakyat, adalah bertujuan untuk beliau mendapat kedudukan bukanpun untuk memajukan rakyat dan negeri.

Jika betul beliau mempunyai hasrat memajukan negeri, maka semasa beliau mempunyai kuasa dan kedudukan bersama dengan peruntukan yang berbilion ringgit, beliau sudah majukan rakyat & nigari, namun keadaan sebaliknya berlaku, malah kawasan yang beliau wakili selama 22 tahun, beliau abaikan, malah beliau sendiri menjadi mangsa kepada pengabaian itu, apabila beliau jatuh ke laut semasa melintasi titi di kawasan beliau.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook