Latest News

Tuesday 8 May 2018

PRU-14 SABAH: ANTARA YAKIN DAN FAKTA


SETIAP parti yang bertanding, yakin menang, namun ada parti yang yakin akan tetapi tidak disokong oleh fakta.

Daripada sekian banyak parti yang bertanding bagi PRU-14 Sabah kali ini, ada dua pihak yang yakin menang, iaitu parti Barisan Nasional dan Parti Warisan Sabah/Pakatan Harapan (DAP-PKR-Amanah-PPBM).

Seperti biasa, Bn mengunakan hanya satu logo- dacing, walaupun calon-calon daripada berbagai parti. Manakala PWS/PH, calon menggunakan logo parti masing-masing.

Kalau berasaskan fakta, hanya Bn dan DAP yang dapat menterjemahkan sokongan pengundi kepada kerusi.

Tidak dinafikan PWS/PKR akan mendapat undi, akan tetapi undi yang diperolehi parti-parti itu tidak dapat diterjemahkan kepada kerusi.

Pada PRU kali ini, parti-parti seperti PWS/PKR dan parti-parti tempatan lain hanya peserta dalam pesta demokrasi.

Memang beberapa kawasan baik parlimen dan Dun, adanya persaingan sengit antara Bn dan PWS/PKR, dan berlakunya pemenang tiada undi popular, kerana pertembungan berbagai calon menyebabkan perpecahan undi, namun berasaskan fakta di kawasan-kawasan tersebut, calon-calon Bn akan mendapat undi antara 43-48% daripada pengundi yang turun mengundi, kecuali di kawasan-kawasan tertentu yang ditandingi DAP, di mana Bn hanya mempunyai sokongan antara 16-25%, maka kawasan-kawasan tersebut bakal dimenangi parti berlambangkan roket itu.

Berasaskan senarai calon-calon pada PRU kali ini, Nampak gayanya, Bn akan memang banyak kerusi Dun berbanding PRU-13. Manakala, bagi Parlimen, 22 pasti ditangan Bn, 2 dalam keadaan 50-50, sementara yang satu lagi, akan dimenangi DAP.

Berasaskan keadaan semasa, di mana hari mengundi hanya berbaki 4 hari lagi, 52 kawasan Dun adalah kawasan putih bagi Bn.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook