Latest News

Wednesday 2 May 2018

PRU-14 SABAH: PELUANG BARISAN NASIONAL


SELEPAS melihat senarai para calon bagi 25 Parlimen dan 60 Dun, jelas terlihat bahawa Bn Sabah unggul di 21 kawasan Parlimen, 3 kawasan berkedudukan 50/50 sementara 1 memberi saingan kepada DAP. Bagi Dun pula, 48 kawasan Dun terus TATAP BN, sementara 8 Dun dalam keadaan 50/50, manakala 4 Dun memberi saingan kepada DAP.

Nampak gayanya menerusi PRU-14 ini, parti pembangkang yang akan mendapat kerusi hanya DAP, dan mungkin 1-2 untuk PWS. Manakala parti-parti lain adalah kosong.

Memang selama hampir 2 tahun, semacam Parti Warisan Sabah (PWS) melakukan gempak, namun apabila melihat senarai calon-calon itu, tiada yang menarik untuk disokong, walaupun di beberapa kawasan akan memberikan saingan sengit kepada Bn, misalnya di Parlimen Semporna dan 3 Dun di dalamnya, Parlimen Kimanis dan Dun Sindumin. Di kawasan-kawasan lain, peluang Bn cukup cerah.

Kepada pencacai media alternative, khususnya parti pembangkang, anda kena berpijak di bumi nyata, di kawasan akar umbi, TATAP BN.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook