Latest News

Wednesday 9 May 2018

PRU-14 SABAH: RANGKUMAN ISU-ISU KEMPEN


DAPAT disimpulkan, terdapat dua cara yang berbeza antara parti Barisan Nasional & Pembangkang.

Parti Barisan Nasional membawa rakyat kearah masa depan yang cerah berasaskan perancangan yang realistic dan boleh dilaksana, Manakala pembangkang membawa rakyat kealam fantasi dan khyalan, sehingga memerlukan lampu alladdin untuk dilaksana.

Apa yang malang lagi, hanya untuk tujuan merai undi, ada calon-calon pembangkang seperti calon Pari Warisan bagi Dun Tanjong Aru- Junz Wong menunjukkan belangnya sekali lagi sebagai penipu dan pembohong.

Di media-media social diwar-warkan, konon negara ini tergadai kepada china, sambil menyenaraikan projek-projek yang dilaksanakan di negara ini mendapat pelaburan daripada china, namun mereka pula tidak menyenaraikan pelaburan daripada Jepun, Amerika Syarikat dan Korea Selatan, sedangkan pelaburan daripada negara-negara yang mereka sebutkan jauh lebih besar pelaburannya di Malaysia.

Mengapa mereka merujuk kepada negara China? Sebabnya, perkataan ‘cina” lebih sensitive daripada perkataan Jepun, Amerika dan sebagainya.

Pembangkang, sebenarnya berjaya menipu mereka yang tergolong taklik buta, menerima apa yang didengar, dibaca, tanpa mengunakan akal dan fikiran. Mereka yang termasuk mempercayai tipu daya pembangkang, adalah golongan mereka yang tidak berfikir, tidak menggunakan fakta, dan tiada asas.

Sungguh malang, jika negara ini jatuh ke tangan orang-orang penipu, pembohong dan pemitnah. Kerana gologan seumpama ini, bukan sahaja dilarang oleh semua agama, malah mereka adalah golomgan munafik, jika dalam agama islam, tempatnya adalah neraka.

Di lain pihak pula, isu-isu yang di bawa parti Barisan Nasional, adalah isu-isu nyata, ada bukti, ada fakta, dapat dilihat, dapat dirasakan, dan dapat dimanfaatkan oleh rakyat.

Semoga pengundi negara pada esok hari, semasa menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi, mengunakan akal dan fikiran, membuka mata, dan bertindak seadil-adilnya, kepada diri sendiri.
Next
This is the most recent post.
Older Post
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook