Latest News

Tuesday 8 May 2018

SHAFIE BANTUT PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SABAH


SHAFIE kini, keluar masuk kampong, kononnya jika parti beliau diberi mandat, maka boleh memajukan dan membangun Sabah.

Bukti dan kenyataan semasa beliau diberi tanggungjawab itu, semasa menteri KKLW, yang mana berbilion ringgit peruntukan Persekutuan disalurkan untuk kemajuan luar bandar Sabah, khususnya untuk membina kemudahan asas seperti Bekalan Air Bersih, Bekalan Elektrik, pembinaan jalan raya luar bandar, beliau sia-siakan, malah SPRM sedang menyiasat RM1.5bilion dana kementerian tersebut kerana diselewengkan.

Apa yang malang lagi, mantan menteri itu mendakwa, bahawa kepimpinan Sabah menghalang beliau berjumpa dengan para pegawai kerajaan negeri untuk membawa pembangunan, sedangkan kerajaan negeri bertalu-talu meminta kerajaan Persekutuan menerusi KKLW memberikan dana secukupnya untuk pembangunan & kemajuan Sabah.

Kerajaan negeri yang diterajui Musa sentiasa mengamalkan pintu terbuka terhadap sebarang kemajuan bagi manafaat Sabah dan rakyatnya.

Kenyataan Shafie sebenarnya hanya cerita bohong, kerana beliau begitu sombong dan bongkak apabila menang Naib Presiden Umno, sehinggakan langsung tidak menghormati para pemimpin Sabah.

Shafie tidak pernah berbincang dengan kerajaan negeri, tidak pernah berjumpa Musa berkaitan pembangunan Sabah, kerana beliau asyik dengan para kontraktor beliau yang mencatur dana KKLW yang berbilion untuk kepentingan peribadi.

Akibat kepada tindakan mantan KKLW itu, banyak projek yang dilaksanakan kemneterian itu di Sabah menjadi gajah putih, bukan sahaja tidak memenuhi piawaian, malah tidak mengena kepada sasaran.

Projek KKLW semasa Shafie, antara lain tiang-tiang elektrik di pasang di perkampongan, tetapi tidak berkabel, paip air dipasang tidak berair, jalan kampong dibina, tidak berpenduduk.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook