Latest News

Friday 4 May 2018

SHAFIE-TIADA ISU-LAWATAN PERDANA MENTERI PUN DIPOLITIKKAN


CONTOH berdolaknya para pemimpin Parti Warisan Sabah, calon parti itu bagi DUN Kunak- Norazlinah Arif memberitahu rakyat Kunak, calon BN yang juga penyandang DUN itu-Datuk Nilwan Kabang perlu ditolak kerana jarang melawat kawasan sebaliknya hanya berada di Kota Kinabalu. Namun pada masa yang sama Presiden parti itu- Datuk Shafie Apdal mempertikaikan kerapnya Perdana Menteri melawat Sabah. Terlihat sungguh, bahawa para pemimpin PWS tiada hala tuju. Mungkin atas asas itu, semasa beliau masih menteri, tidak melakukan lawatan ke kawasan-kawasan di Sabah untuk melihat projek-projek yang diberi peruntukan oleh kerajaan menerusi KKLW, sehinggakan kebanyakkan projek Persekutuan dibawa kementerian yang beliau kawal menjadi gajah putih, tiang elektrik tidak berwayar, paip air tidak berair, jalan kampong tiada penduduk.

Kerapnya Perdana Menteri melawat Sabah, menunjukkan bahawa beliau begitu komited membangun Sabah, bukannya takut, kehilangan simpanan tetap barisan nasional, kerana Sabah memangpun TATAP BN.

Shafie tidak sedar, bahawa hadirin yang datang pada acara beliau, memangpun penyokong pembangkang, kerana diantara 862,000 bakal mengundi daripada 1.111juta pengundi, seramai 268,000 adalah penyokong pembangkang.

Tidak dinafikan bahawa calon-calon PWS dan pembangkang mendapat undi, akan tetapi tidak dapat diterjemahkan kepada kerusi. Dalam system demokrasi negara, yang berasaskan First Past The Post, calon yang mendapat undi terbanyak adalah pemenang.

Calon-calon Bn secara keseluruhan akan mendapat undi tidak kurang daripada 499,600. Jumlah undi itu diterjemahkan kepada jumlah kerusi yang membolehkan Bn menubuhkan kerajaan.

Kencederungan pengundian Sabah, apapun isu atau dakwaan pembangkang, parti-parti mereka tidak akan dapat menarik penyokong tegar parti Barisan Nasional.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook