Latest News

Tuesday 8 May 2018

YAYASAN SABAH HANYA BERHARGA RM350 BAGI SHAFIE


TIDAK terbayangkan bagai mana kayanya Shafie pada masa ini, jika pada tahun 1996, Yayasan Sabah Berjaya beliau jual dengan harga RM350juta kepada satu syarikat di mana beiau mempunyai kepentingan.

Yayasan yang ditubuhkan oleh Tun Mustapha Datu Harun pada tahun 1967, mempunyai konsensi balak beribu hektar dan mempunyai nilai puluhan billion ringgit.

Yayasan Sabah dalam sejarahnya pernah memberikan Saham Amanah Tun Mustapha bagi setiap rakyat yang berumur 2 1 tahun ke atas. Kemudiannya saham itu ditukar kepada Saham Amanah Yayasan Sabah sebelum diberhentikan semasa era Kerajaan Parti PBS.

Rakyat Sabah memang ditakdirkan menerusi Datuk Musa Aman (kini Tan Sri), kerana pada masa itu merupakan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah (BOT) Yayasan itu, sehinggakan dapat menghalang tindakan Shafie itu.

Pada masa itu, Kabinet Negeri, Lembaga Pengarah Yayasan itu semuanya akur kepada Shafie, termasuklah mereka yang berada dalam BOT, kecuali Musa seorang.

Sekiranya tindakan menjual Yayasan Sabah oleh Shafie tidak dapat dihalang, bermakna Yayasan itu bukan milik rakyat Sabah seperti mana tujuan asal penubuhannya.

Tindakan penyokong Shafie dengan melukis karton, menunjukkan seseorang yang menyerupai muka Tan Sri Musa Aman memanjat Bangunan Yayasan Sabah dengan mengenggam wang dan melontarnya, hanya membogkar cerita sebenarnya, kerana pada 7 Mei menerusi Harian Express dua mantan Pegawai Yayasan sabah mendedahkan keadaan sebenarnya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook