Latest News

Thursday 6 August 2015

KERETA API TERGELINCIR PUN SALAHKAN KERAJAAN!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Terkandas lagi janji Najib tidak di tunaikan... Oleh FB Page 1 Suara Sabah (screenshot)
(ii) 'Bullet Train' tercanggih milik Sabah tergelincir lagi... Oleh FB Page Negara Sabah (screenshot)

KALAU sudah terbiasa dengan disuap, maka apabila berlaku kesilapan maka membebellah seperti melepaskan anjing tersepit. Bayangkan roda kereta api tergelincir pun menyalahkan kerajaan malah mengaitkan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak.

Kereta api Sabah sebenarnya diurus dan ditauliah oleh Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS). Namanya juga jabatan, ertinya daripada segi teknikal dan pengurusan semuanya diurus oleh jabatan.

Kejadian roda tergelincir merupakan kejadian yang bukan luar biasa kerana kejadian seperti ini berlaku apabila landasan menjadi renggang akibat pergerakan tanah atau kerana pemanasan yang menyebabkan landasan renggang.

Persoalannya, apa hubung kait dengan YB Datuk Radin Malleh sebagai penumpang semasa roda tergelincir? Ertinya kejadian tersebut merupakan satu kejadian yang tidak disengajakan.

Mungkin page ini mahu perkhidmatan kereta api seperti perkhidmatan KTMB di Semenanjung? Pasti suatu masa akan juga ke arah itu jika jumlah penumpang telah mencukupi. Biasanya, peniaga akan terhidu di mana wang banyak seperti kata pepatah "di mana ada gula, di situ ada semut". Tunggu!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook