Latest News

Thursday 20 August 2015

TUNTUTAN FILIPINA KE ATAS SABAH BERULANG

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Tuntutan Filipina Keatas Negara Sabah Hanyalah Permainan Politik BN-UMNO Oleh Blog Sabah Sarawak Merdeka (screenshot)

SEBENARNYA, tuntutan Filipina ke atas Sabah kerap berulang terutama bagi tujuan politik di negara tersebut. Jika calon Presiden menginginkan sokongan rakyat Filipina di selatan negara tersebut, maka ahli politik negara tersebut akan bercakap berkaitan dengan tuntutan ke atas Sabah. 

Ahli politik Filipina dapat bercakap berkaitan tuntutan ke atas Sabah kerana dalam perlembagaan negara tersebut belum dimansuhkan berkaitan sejarah lapuk yang mana kononnya Sabah pernah menjadi wilayah mereka berasaskan kedudukan Kesultanan Sulu. Apa yang dilupakan oleh ahli politik Filipina adalah Kesultanan Sulu tidak mendapat pengiktirafan kerajaan mereka sendiri. Apabila itu berlaku, maka secara automatik status tuntutan mereka juga dengan sendirinya terbatal atau termansuh.

Untuk pengetahuan pemilik facebook atau page tersebut, tuntutan Filipina ke atas Sabah sudah bermula sebelum Sabah menyertai Persekutuan Malaysia lagi malah jauh sebelum Umno mengembangkan sayapnya ke Sabah. Umno hanya berkembang ke Sabah pada tanggal 5 September 1991 sedangkan Filipina bercakap berkaitan tuntutan ke atas Sabah telah berlaku sejak tahun 60-an lagi.

Tujuan page tersebut mengaitkan Umno hanya satu helah politik dan ianya langsung tidak berasas.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook