Latest News

Friday 18 December 2015

HADIAH KRISMAS: Semua Jalan Di Sabah FREE OF CHARGE!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Apa pula musang berjangut buat Oleh FB Dusun Asuie (screenshot)

PEMILIK facebook yang menggunakan samaran Dusun Ausie dan bertanyakan apakah hadiah Natal bagi rakyat Sabah? Sedangkan menurut page itu, Ketua Menteri Sarawak memberi hadiah pembatalan caj tol di Jambatan Tun Salahhuddin di Sarawak.

Kalaulah mahu dijawab komen bodoh itu, Datuk Seri Musa Aman memberikan hadiah semua jalan di Sabah 'free of charge'. Semua orang bebas melalui jalan di mana sahaja tanpa membayar 1 sen pun kecuali semua pemilik kenderaan yang perlu menanggung minyak sendiri dan sebagainya sebagai pemilik kenderaan.

Untuk pengetahuan Dusun Ausie, di Sabah kini khususnya di Kota Kinabalu (KK) beberapa jalan bertingkat seperti mana di Kuala Lumpur adalah sedang dan telah disiapkan. Tujuan jalan bertingkat itu untuk memudahkan pergerakan lalu lintas.  

Sejak Datuk Seri Musa Aman dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah, pembangunan Sabah kelihatan luar biasa jika melihat diluar perkiraaan. Kewangan Sabah telah meningkat daripada hanya RM100 juta pada tahun 2003 dan kini telah memiliki lebih RM3 bilion. Bajet Sabah yang berlegar-legar pada paras RM1 bilion kini senantiasa di atas paras RM3 bilion. Malah, pada tahun 2013 dan 2014 mencatatkan rekod terbaru oleh kerana bajet Sabah telah melepasi RM4 bilion!

Hadiah Datuk Seri Musa Aman kepada rakyat Sabah adalah kestabilan politik. Selain itu, ramainya rakyat Sabah dilantik di berbagai jawatan persekutuan selain projek-projek mega yang membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah.

Hanya manusia, kalaulah yang bersifat manusia itu iaitu pemilik yang menggunakan nama palsu seperti Dusun Ausie tidak melihat kemajuan di Sabah sejak 10 tahun lalu, sebenarnya kemajuan dan pembangunan pesat merupakan hadiah daripada YAB Datuk Seri Panglima Musa Aman kepada rakyat Sabah. Bukan sahaja pada sempena perayaan tetapi juga hadiah untuk dikenang selama-lamanya!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook