Latest News

Monday 14 December 2015

JENAYAH RENTAS SEMPADAN: Penuduh Itu Biasanya Pelaku

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  UMNO Sabah mahu kerajaan banteras jenayah rentas sempadan Oleh FB Jaymie Jaymie (screenshot)

PENCURI tidak pernah mengaku sebagai pencuri. Maka dengan sebab itu, apabila orang lain sibuk mencari pencuri, maka pencuri menunjukkan orang yang lain pula sebagai pencuri. Selain itu, pihak yang mahu membanteras pencuri senantiasa gagal kerana pencuri masih berlenggang-lenggang. Manakala yang tertangkap yang dikatakan pencuri pula bukanlah pencuri sebenarnya.

Sejak sekian lama kerajaan sedang mencari pencuri seperti mana dikatakan oleh YB Datuk Haji Tawfiq Abu Bakar Titingan semasa berucap pada PAU 2015. Namun, permintaan beliau yang mewakili kerajaan negeri ini dikatakan hanya berlakon dan apa yang malang dituduh sebagai pembela pendatang asing atau lebih busuk lagi dalang penjenayah rentas sempadan.

Menurut risikan pasukan keselamatan negara, sukarnya membanteras penjenayah rentas sempadan kerana adanya kerjasama daripada penduduk tempatan yang melindungi mereka. Para tali barut penjenayah rentas sempadan berada dalam negeri kerana mereka telah menjadikan jenayah sebagai satu perniagaan. Hasilnya juga adalah cukup lumayan!

Sebenarnya, penjayah rentas sempadan ini bertempat di Filipina. Hal ini kerana mereka tahu nyawa manusia mempunyai nilai yang cukup tinggi dan mahal. Tiada perniagaan yang boleh melangkaui bisnes nyawa manusia. Oleh sebab itu, walaupun risiko yang didepani penjenayah cukup tinggi termasuk dibunuh oleh pasukan keselamatan mereka tetap nekad kerana habuan yang bakal diperolehi adalah cukup tinggi.

Tiada pemimpin atau kerajaan yang bersekongkol dengan penjenayah kerana penjenayah tiada sebarang 'andil' kepada mereka malah menyusahkan. Penjenayah bukan pun orang tempatan melainkan rakyat negara jiran yang mengkhususkan diri mereka dalam dunia jenayah.

Penjenayah rentas sempadan tahu benar bahawa perbatasan yang luas dan kehadiran pasukan keselamatan yang tidak mencukupi merupakan peluang besar bagi mereka menjalankan kegiatan bisnes jenayah mereka. Dengan maklumat itu, maka kerajaan negeri melalui YB Datuk Haji Tawfiq Abu Bakar Titingan meminta kerajaan pusat mempertingkatkan pasukan keselamatan di Sabah agar supaya jenayah rentas sempadan dapat dinoktahkan. Tindakan kerajaan itu sebenarnya menjawab dakwaan pihak-pihak tertentu bahawa kerajaan kononnya terlibat membela penjenayah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook