Latest News

Friday 24 November 2017

Guna Pesawat Jet Untuk Urusan Rasmi-Sebahagian Kelayakkan Ketua Menteri

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Should have asked also the list of all who have charted... Oleh FB Mohd Azis Bin Hj Jamman (screenshot)

Setiap kelayakan ahli eksekutif kerajaan negeri, iaitu ahli kabinet negeri, memang disenaraikan dalam peraturan-peraturan kewangan yang melibatkan mereka yang tergolong dalam kategori itu. Setiap perbelanjaan bagi ahli eksekutif tertakluk kepada kelayakan kewangan yang telah ditetapkan.


Kelayakan-kelayakan ahli-ahli eksektuif, meskipun ianya dibayar melalui dana terkumpul kerajaan, tidak boleh dikategorikan sebagai wang rakyat, akan tetapi wang kerajaan. 

Sebenarnya istilah wang rakyat, tidak timbul jika dikaitkan dengan wang kerajaan, kerana wang yang diperolehi kerajaan yang disebut sebagai pendapatan negeri, diperolehi kerana perkhidmatan yang diberikan oleh kerajaan untuk mendapatkan wang itu.

Ahli politik, suka sangat mengelirukan rakyat, dengan menganggap bahawa wang kerajaan adalah wang rakyat. Rakyat tidak memberikan sebarang wang kepada kerajaan. Semua wang yang diperolehi kerajaan, bukannya diberi akan tetapi bayaran yang perlu dibayar rakyat kerana sesuatu perkhidmatan yang diberikan kerajaan. Dalam soal perkhidmatan kesihatan misalnya, pesakit perlu membayar RM1 untuk perkhidmatan di hospital, demikian juga cukai jalan, kerana pengguna menggunakan jalan raya. Bayaran air atau elektrik, kerana pengguna menggunakan air dan elektrik.

Persoalan yang ditimbulkan oleh DUN Likas Junz Wong, berkaitan dengan kelayakkan Ketua Menteri menggunakan jet untuk urusan rasmi sebagai Ketua Menteri, sebenarnya hanya gimik politik, kerana seharusnya, ianya tidak timbul, kerana kelayakan itu memangpun sebahagian daripada kelayakan seorang Ketua Menteri.

Hujah Junz Wong, berapa kali, siapa yang menanggung sewa Jet, adalah satu tindakan mempersoal integriti Ketua Menteri, dan dakwaan itu seolah-olah menggambarkan Ketua Menteri tidak menjalankan tugas untuk keperluan rakyat, akan tetapi hanya suka-suka (joy ride).

Mempersoalkan kelayakkan Ketua Menteri mempergunakan sebarang kemudahan yang disediakan untuk beliau menjalankan tugas dengan cekap dan efisien bagi keperluan rakyat dan negeri, seolah-olah diperlekeh, sedangkan Ketua Menteri menjalankan tugas bagi menjalankan amanah yang diberikan oleh rakyat majoriti.

Penulis ingin bertanya, Junz Wong mewakili siapa? beliau tidak boleh menggunakan istilah rakyat, kerana beliau tidak mewakili majoriti rakyat. Beliau hanya salah seorang wakil rakyat pembangkang yang hanya mewakili suara minoriti.

Mempersoalkan kemudahan yang diberikan kepada pemimpin yang disokong majoriti rakyat, membawa makna menghina rakyat yang memberi mandat. 

Musa sejak menjadi Ketua Menteri Sabah, telah menaikkan martambat Sabah, dalam semua bidang, khususnya daripada segi kewangan negeri. Kalau diteliti laporan Ketua Audit Negara, sejak 16 tahun lalu, setiap penghunjung tahun, kewangan negeri sentiasa berkeadaan surplus, sebab itulah kerajaan negeri dapat mengumpul wang simpanan melebihi RM3bilion, berbanding pada tahun 2003, hanya RM184juta.
Tujuan pembangkang mempersoalkan kelayakan Ketua Menteri, hanya bertujuan politik, bertujuan menghasut rakyat yang kurang arif berkaitan kelayakan seorang Ketua Eksekutif.

Untuk makluman pembaca dan Junz Wong, setiap pebelanjaan ahli eksekutif termasuk Ketua Menteri, seluruhnya dibutirkan melalui peraturan-peraturan kewangan, yang digunapakai dan ianya tertakluk kepada pengauditan Ketua Audit Negara.

Pengiktirafan Ketua Audit Negara berkenaan pengurusan Kewangan Negeri tanpa teguran bertahun-tahun berturut-turut, menunjukkan, sebarang perbelajaan kerajaan seluruhnya telus.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook